Kami pun asalnya redha je la dengan pagar yang ada tu (sbb takut tak cukup bajet kalau nk buat pagar lain)... tapi bila fikirkan balik, nnt kalau dh duduk situ, menyesal pulak tak buat siap2 tembok kat belakang rumah... setelah dibuat kiraan, mcm cukup je duit simpanan + kena la korek sana-sini utk cukupkan juga bajet buat tembok blkg rumah tu... so, bila Wak buat kiraan, kami setuju je la transform kan (
Wak akan buat tembok konkrit je asalnya... bila dh naik tembok, rasa mcm nk tambah table top lagi satu pulak sekali dengan sinki utk masak kat luar... bila bagitau Wak, Wak pun apa lagi, mesti la sokong... (janji masyuk kt dia kan)...
tembok dengan jiran sebelah, sepatutnya kami nak buat separuh je konkrit, separuh lagi besi... sama macam yang belakang. Team Wak kan buat keja time kami x de... bila pergi tengok je, dinding dengan rmh jiran sebelah dh naik tembok Jerman... dah macam bergaduh je dgn org sebelah... Padahal hari tu dh bagitau jiran tu, nak naikkan tembok konkrit... separuh je... boleh gak la intai2 kot luar tu kan... dh disebabkan miss communication, maka tak boleh intai dah la org sebelah tu... yang sebelah lg, team Wak buat separuh je...nasib baik yg sebelah lg tu separuh... kalau x, 'gelap tak berangin' la kami kt blkg nnt...
so, hasilnya...
Bahagian atas tembok dan yang lompong tu akan dipasang jeriji besi... yang tu belum siap lagi setakat ni... Apek cina kat Pekan Dengkil yang akan buat sekali dengan semua grille kt rumah tu... setakat ni, keja yg masih pending utk ruang belakang rumah ni: 1) cat tembok konkrit 2) grille