RSS

Lesen Untuk Ubahsuai Rumah

Masa dapat surat hands-over dari pemaju dulu, ada disertakan jugak makluman untuk mohon lesen kalau nak buat ubahsuai rumah sekali dengan borang mohon lesen tu. Disebabkan rumah kami di bawah jajahan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), maka kami kena mohon lesen dgn majlis tu la.

Setelah 5 bulan++ berlalu dari tarikh kami terima kunci dari pemaju, maka hari Isnin lepas (3 Feb 2014), kami pun pegi ke MPSepang untuk dapatkan lesen tu. disebabkan hari isnin tu, seluruh warga kerja di Wilayah Persekutuan (KL,Putrajaya,Labuan) cuti, maka boleh la kami pegi ke MPSepang dlm negeri Selangor yang kerja hari tu...

Dalam borang untuk mohon lesen tu dah tertulis perlu disertakan dengan:
  1. Salinan Sale & Purchase Agreement (SPA);
  2. Salinan IC pemilik rumah;
  3. Salinan pelan rumah; dan 
  4. Salinan bukti pembayaran cukai taksiran (cukai pintu).
bagi item 1-3, kami tak de masalah. semua dah tersedia. cumanya yang no. 4 tu kami belum jelaskan lagi cukai taksiran. bil pun belum diterima. ada pernah terima surat makluman nilai taksiran je dari MPSepang. panjang juga cerita nk selesaikan masalah dengan cukai taksiran ni.

ni kronologi masa kt MPSepang:
  1. Mula2 kami ke kaunter bayaran. Jelaskan pada staf kt situ yang kami belum terima bil dan nak bayar cukai.so, staf tu pun printkan bill statement cukai yang kami perlu bayar. terkejut jugak la bila termaktub kat situ yang kami dikenakan tunggakan sebanyak RM423++. padahal, kat surat makluman nilai taksiran dh dinyatakan tarikh kuatkuasa cukai rumah tu ialah pada 1 Januari 2014. staf tu kata, dia tak boleh buat apa. dia hanya boleh printkan bill statement je. dia suruh kami ke Unit Hasil.
  2. kami pun pegi la ke Unit Hasil. bila ceritakan masalah kami, dia kata dia boleh tolong semak penyata cukai kami. so, dia printkan penyata tu, memang tertulis yang kami dikenakan cukai start dari 1 Jan 2013 lagi. dia pun hairan kenapa kami dikenakan cukai, padahal sepatutnya sebelum pemaju serah kunci kepada pemilik, cukai dikenakan ke atas pemaju, bukan pemilik (kami terima surat serah kunci dari pemaju pada bulan Julai 2013). dia suruh pulak kami ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) untuk buat semakan.
  3. masa kat JPPH tu, sampai 3 org entertain kami. yang 2 orang awal tu, diorang tak boleh buat keputusan. mungkin sebab di luar kuasa diorang kot. sampai pegawai yang ke3, (saya cari kat portal MPSepang, dia bos no. 2 kt JPPH) baru la boleh nak buat keputusan. dia maklumkan kpd kami, mungkin kesalahan pada sistem. memang sepatutnya kami tak dikenakan cukai lg untuk tahun 2013. cukai hanya mula 1 Jan 2014. dia buat short note pada bill statement maklumkan ada kesilapan pada bill statement tu. dia kata, kalau tahun depan masa nak bayar cukai, kami kena lagi tunggakan, dia suruh kami tunjukkan note tu. dia sign & cop kt bill tu... so, kami rasa selamat la kan... 
  4. lepas dah selesai kes tunggakan tu, kami pun pergi semula ke kaunter bayaran untuk jelaskan cukai bagi tahun 2014. sepatutnya boleh je nak bayar cukai semasa (setengah tahun) sebanyak RM211.70. tapi kami kata nak bayar terus untuk setahun. so, cukai yang dikenakan adalah sebanyak RM423.40. lepas selesai bayar, dapat hadiah beg berkain guni... 
  5. Saguhati dari MPSepang sebab bayar penuh untuk setahun
  6. dah selesai bayar cukai, baru la boleh mohon lesen ubahsuai rumah di Jabatan Bangunan... kena bayar RM60 untuk dapatkan lesen tu. kami ingatkan boleh bayar kt jbtn tu je. rupanya kena bayar kt kaunter bayaran jugak... so, Mr F turun sorang je la utk bayar RM60 tu. dh selesai bayar tu, kami pun diberikan lesen berbentuk sticker utk dilekatkan di rumah sepanjang tempoh ubah suai. lesen tu boleh digunakan untuk sempoh setahun.

Ha... dah macam bola kan masa kami di MPSepang tu... ditolak ke sana-ke sini. Syukur, Alhamdulillah... akhirnya selesai jugak urusan di MPSepang. Lepas selesai tu, kami pun pergi la makan kt Restoran Saba', dah alang2 kami kt Cyberjaya kan.. makan nasi Arab la... masing2 dah kebuluran... mau taknya, kluar dari rumah pkl 10.30pagi. sampai pkl 1 baru selesai urusan kt MPSepang tu.

Lepas makan, kami ke rumah tukang yang akan buat ubah suai rumah. Org kampung panggil dia Wak Kang sebab dia orang Jawa... memang panggilan biasa Wak. disebabkan dia buat kerja tukang, tu yang dapat nama 'Wak Kang'. rumah wak ni di Bukit Changgang. jalan nk ke Banting. jauh jugak la dia nk ke sg merab nanti... kami pun bincang dgn dia apa yang akan diubahsuai rumah nanti... Wak janji dgn Mr F nk ke rmh hari Sabtu ni (8/2/14) dan kalau tak de masalah, minggu depan dah boleh start kerja-kerja RENOVATION.... wah, excited nye saya... harap2 segalanya berjalan lancar... aaaamiiiinnnnn... :)

8 comments:

ZULKEFLYYUSUP said...

Salam, nak tanya kalau nak ubah suai rumah hanya perlu dapatkan lesen berharga rm60 sahaja ke? tak perlu submit pelan ubahsuai ke?

Unknown said...

Assalam... nak tya byk ok tak Wak kang ni buat renovation? hiii... tgh survey2 nak cari tukang buat rumah... boleh dapatkan no tel wak kang tak?

Tq

Azila Azmi said...

Encik Zulkeflyyusup... Maaf, lmbt reply. Dh lama x jenguk blog ni... X sangka pulak ada org komen... ;)
Ok, bg mnjawab soalan encik, lesen RM60 tu hanya utk minor renovation shj... Maknanya x berubah struktur rmh & renovate dalam rmh shj. Klau yg ubah struktur rmh & libatkan smpai ke luar rmh, kena mohon lesen major renovation... Yg tu klau x silap sy RM1000 kot... Siap kena submit plan utk renovate

Azila Azmi said...

Wasallam Puan Muli Musa,
Ok pekerja² wak kang tu buat kerja... Senang nk deal dgn diorg. Kita bgtau ja nk itu, nk ini... Tup² siap... ;)

No fon wak kang @ wak sharif :
0133033010

Anonymous said...

Tukang buat rumah area salak tinggi nilai. call no ni..rumah dia buat InshaAllah cantik. Wak Mat 012 2528706

norma senik said...

tkasih boleh cuba.
rumah saya di bandar seri ehsan nk cari tukang yang jujur.
dah buat dah 70percent tp tak betkesudahan... sedih sangat.dišŸ˜kencing org tengah.. doa byk mogs x berulang

Shetah said...

Mcmn sediakan Pelan rumah tu? Dan brp harha yg dikenakan

ayu arini sri said...

Assalam puan. Nk tnya. Sy dikompaun krna tdk submit renovation. Musim pkp ni kalau nk tggu submit bkn main lama. Krna sy beli rumh dr owner maka sy cepat renovate tnpa submit. Anak sy yg lbh dulu beli diperumahan sama dgn property sampai hari ni fail msih trtangguh di pej tanah.sy trus byr saman. Adakh kemungkinan sy akn dissman lg j8ka meneruskn renovation tnpa submit? Sekiranya puan tahu dn blh membantu.tq

Post a Comment