RSS

Rumah: Update Defect

Hari Jumaat lepas (3/1/2014) dpt sms dr Wakil Pemaju, nama Keem (bukan nama sebenar). dia bgtau dh byk defect yg dah dibetulkan. so, dia set appointment utk jmpa kt rmh hr Sabtu, keesokan harinya...

Pagi2 Sabtu tu, kami pun p la rumah. seperti yang dijanjikan, muncullah si Keem ni.. saya baru 1st time la jmpa dia ni. Mr. F dh pernah jmpa sebelum tu, masa dia serahkn kunci rmh dulu. saya duk bayangkan orang perempuan yang namanya Keem ni, seorang yg ala2 tomboy, sbb panggilan nama mcm lain je... rupanya sangkaan saya salah belaka. Keem ni pakai tudung, mmg ciri2 feminin la...

Mr. F & Keem pusing keliling rumah check defect2 yg dah dibetulkan. banyak jugak la yang dh dibetulkan. yg retak2 semua dh bertampal. yg comot2 semua dh dicomelkan. cuma ada beberapa lagi defect yang perlu dibetulkn lagi. Ni antara yang dikenalpasti perlu dibetulkan:
  1. Peti surat comot. Pemaju kata nk gantikan yg baru.
  2. Bumbung porch bocor sikit. Bila hujan lebat, air meleleh kt dinding. Pemaju kata dh betulkan, tp masih nmpak kesan air.
  3. Pintu depan senget sikit. boleh nmpak renggang gap antara lantai.
  4. Longkang belakang tidak rata.
Yang no 1-3 tu, mmg kami dah komplen masa awal dapat kunci dulu. Yang no 4 tu je baru perasan masa ayah gi tengok rmh tu. ayah siap ambil sebaldi air, curah kt longkang tu. rupanya air bertakung kt tengah2 longkang sebab yg kt tengah tu mcm ke dalam sikit. Masa hari Sabtu tu pun, ada air bertakung. so, Keem dh saksikan la defect tu sendiri. Dia janji akan panggil sub-kontraktor utk betulkan. Tak tau la lama mana pulak nk siap... Keem kata kalau nk start buat kerja2 renovation dh boleh sbb diorang akan tetap betulkn defect tu. tapi kami tak berani ambil risiko la... buatnya nanti diorang tak mau buat dah dengan alasan dh start buat kerja pecah2 dinding, sia-sia je... So, tunggu je la...

* Lupa pulak nak ambil gambar defects yang lain tu...

Rumah: Pembetulan Defect Yang Tak Siap-siap

Sehingga hari ni, setelah lebih 3 bulan... masih tak dengar khabar berita dari pemaju...Tak tahu la apa perkembangan pembetulan defect kt rmh tu. Last kami p tengok rmh, pada 14/12/2013. Minggu lps tu, kami balik kampung. cuti seminggu... ni weekend ni pulak la kot baru nk p tengok lagi. tapi nampak gayanya memang tak siap lagi la kot. sebab pemaju masih tak pulangkan kunci rumah lagi. mentang-mentang la diorang dh bayar denda LAD, suka hati mak bapak diorang je lambat siapkan defect tu. kami pulak jenis yang tak desak... kt taman tu dh ada 7 keluarga dh yg pindah masuk kt situ. bila tanya diorang mcm mn dengan defect, diorang kata buat pejam mata je la... suruh pemaju buat yg major je...

Kami ni je yang rajin nk tunggu sampai betul2 siap... ye la... dh diorang kata patutnya jaminan penyelenggaraan dlm tempoh setahun dari tarikh serah kunci. tapi kalau dh mula pecah dinding, jaminan tu dh terbatal... tu yang risau tu... tak tahu la setakat mana kesabaran kami nak tunggu... ni dah masuk tahun 2014 dh... azam 2013 nk pindah rmh baru terpaksa di carry forward ke tahun ni...

Ok la, mai nk share gambar dinding yang bertampung sana-sini dengan simen... gambar ni bulan 11 lepas punya, bkn yg latest... tapi sama juga la rupa smpai sekarang... apa tah yg diorang susah sangat nk cat. rumah2 lain pun masih bertampung mcm tu... mungkin diorang nk buat semua rmh skali kot nnt utk jimatkan cat...



nampak hodoh kan rupa dinding tu... bertampal dengan simen... tapi belum dicat semula... teruk jugak la rekahan kt dinding2 rumah tu...



tu yang wayar berselirat tu... memang tak boleh buat apa dah... sbb yg tu keja TNB, bkn pemaju... redha je la...