RSS

Ubahsuai Rumah - Part 1: Pecah Dinding

Hari Sabtu & Ahad lepas (15 & 16 Feb 2014), kami pergi tengok rumah... dinding-dinding dah dipecahkan. tingkap bilik-bilik & dapur pun dah pecah. dalam masa 2 hari je diorang buat kerja ni. Sepanjang 2 hari (Sabtu-Ahad) masa kami p tengok rumah, tak de orang buat kerja. diorang pun kerja office hour kot. Weekdays je kerja... weekend cuti... Ni hasil selama 2 hari diorang kerja (Khamis-Jumaat)...

Dinding antara bilik utiliti dengan dapur dah dipecahkan

Tingkap dapur dah lopong

Tingkap bilik tidur bawah pun dah lopong

Semua tingkap-tingkap yang lopong tu nak tukar tingkap dari nako kpd glider atau casement windows. Tingkap nako asal yang pemaju buat tu nampak macam tak kukuh. Memang nampak macam tak selamat je... Tu yang Mr. F suruh tukar semua tingkap. Pemaju buat tingkap belakang atas & bawah semua pakai nako... Yang belah depan rumah, smua dibuat jenis casement windows...

Bermulanya Kerja-kerja Ubahsuai Rumah

Pagi ni, masa tengah bersiap nk pergi kerja, tiba2 Mr. F bagitau Wak nak pergi rumah, nak mula buat kerja. Terkejut la jugak, tiba2 ja Wak bagitau dah nak mula kerja, sebab baru hari Selasa tu Mr. F tanya dia pasal harga, dia kata tak dapat nak bagitau sebab tengah sibuk urusan di rumah. Wak sms Mr. F nak pergi rumah jam 9pg. So, Mr. F ajak saya ikut sama untuk bincang lanjut dengan Wak.

Mr. F singgah ambil saya di Parcel C. Masa kami sampai, Wak dah sedia menanti dengan 3 orang pekerjanya. Masuk je rumah, pekerja2 dia dah nak mula kerja... Bawa masuk semua peralatan yang akan digunakan.... Seronok tengok orang semangat nk buat kerja.... First kerja diorang diarahkan untuk pecahkan dinding antara bilik utiliti dengan dapur. Dah semangat nak buat kerja, tiba2 plug point elektrik tak berfungsi pulak... try kt banyak point pun, semua tak boleh. saya pun keluarkan charger ipad untuk try jugak... memang sah, semua point plug tak boleh pakai. sebelum ni kami tak pernah try lagi plugs semua... dah terbantut kerja diorang nk pecahkan dinding tu. Alternatif lain, diorang kena ketuk dengan tukul je la sementara nak ada elektrik... kesian jugak la kan...

Mr. F pun try call si Keem (pemaju), tak berjawab. dia pun pergi cari pekerja pemaju, si Lutfor namanya (bukan warganegara). Bila si Lutfor datang, dia bagitau memang semua plugs kt tingkat bawah tak boleh pakai, kecuali 1 je, yang dalam bilik... huh, Mr. F pun angin juga la... dah tahu, kenapa tak betulkan awal2 kan... patut la jiran2 yang dh pindah ke situ ada yang bagitau plugs banyak yang tak boleh pakai. diorang pun report kt pemaju (defect) untuk betulkan. rupanya banyak point plugs yang tersalah pasang... ntah-apa-apa je kan kerja diorang ni... Mr. F pun sms bagitau si Keem. si Keem janji untuk hantar orang untuk betulkan hari Sabtu ni... tunggu je la...

Saya pun apa lagi, naik tingkat atas, check semua plugs. nasib kebetulan ada charger dlm henbeg... kat tingkat atas pun, ada yang boleh, ada yang tak boleh pakai.

Nasib la ada 1 plug yang kt dlm bilik bawah tu yang boleh diguna... so, mula la kerja2 pecahkan dinding... sorang gerudi, sorang ketuk dengan tukul... ni kerja diorang selama 1 jam kami di rumah tu...

Seorang tebuk dengan gerudi
Sorang lagi ketuk dengan tukul

Dalam masa 20 minit je dah jadi mcm ni

Point elektrik dh berjuntai-juntai ni kena ubah
*Yang baju putih belang tu la mandur projek ni.. yang kami panggil Wak...

Kontraktor Ukur Rumah

Lepas dh selesai ambil lesen untuk ubahsuai rumah, langkah seterusnya ialah panggil kontraktor datang buat ukuran & bajet. Hari Sabtu lepas (08/02/2014), panggil kontraktor yang akan renovate sekali dengan yang akan buat kitchen cabinet.

Hasil dari perbincangan hari Sabtu tu, ni summary kerja2 yang akan dibuat:

A) Kontraktor renovate rumah (Wak)
  1. Plaster ceiling - Tingkat Atas (Master Bed Room), Tingkat bawah (Ruang Tamu, Ruang Makan, Dapur);
  2. Wiring - semua tempat kecuali dapur;
  3. Pecah dinding antara bilik utiliti dengan dapur;
  4. Tukar tingkap (nako) dapur & bilik bawah. gantikan dengan tingkap sliding;
  5. Pasang tiles dapur (dry) - pecahkan yang sedia ada & tukar yang baru;
  6. Pasang tiles di koridor belakang;
  7. Pasang tiles di porch depan;
  8. Pasang tembok & grille di koridor belakang;
  9. Tukar saluran keluar paip dapur & bilik air bawah. sedia ada yang pemaju buat, saluran air lalu ikut bwh rumah dan kluar ke depan. masalahnya, ada beberapa rumah yg dah tersumbat sebab saluran air kecil. sisa makanan dari sinki kan kadang2 berminyak... tu sebab boleh tersumbat. so, untuk elakkan kejadian sama trjadi kt rumah kami, kami ambil langkah preventive dengan mintak tukang tukar saluran (divert) ke longkang belakang;
  10. Pasang semula tiles bilik air yang dipecahkan untuk divert saluran air keluar;
  11. Pecahkan dinding bilik 2 & 3 di tingkat atas untuk besarkan bilik dan kecilkan ruang bilik air (*).

* dari replika rumah kat atas tu, yang bertanda 'X' tu kami cadang nak mintak tukang pecahkan. then, sambung tembok (yang warna putih, outline hitam) tu untuk tutup pisahkan bilik 2 & 3. pastu pecahkan tembok dan buat pintu baru kat bilik satu lagi (yang bertanda hitam, outline merah). Ni gambar asal replika rumah:


Kami dah tengok ada jiran yang buat macam tu. Bilik 2 & 3 tu jadi besar sikit la... Asal mcm tak nak buat sebab anak pun baru sorang je dan umur baru 5 tahun. masih tidur dengan kami. so, kalau besarkan bilik tu pun, bukan pakai sangat kan bilik tu... tapi bila fikirkan masa panjang, baik la buat sekarang. nanti kalau tiba2 nak buat, susah pulak... dengan habuknya kan... Kami minta Wak buat anggaran kasar, dia kata dalam RM5K jugak la untuk buat bilik air tu. so, kami kata proceed je la...

Sebelum ni dah pernah panggil Wak datang ukur & minta anggaran bajet... masa tu, cuma kerja2 nombor 1-5 ja yang kami bagtau dia. masa tu, ada masuk sekali dengan table top dapur (wet & dry). tapi last2 untuk table top, kami decided untuk mintak kontraktor kitchen cabinet yang buatkan. Kerja2 nombor 6-10 tu tambahan masa Wak pergi Sabtu lepas. Wak tak berani nak bagi anggaran kos lagi sebab katanya harga simen dah naik. dia minta tempoh untuk kira dulu anggaran kos. Kalau sebelum ni, untuk kerja2 1-5 dan tambahan table top, Wak anggar kos dalam RM19K... tapi bila dah ada perubahan ni, tak tau la nak kena berapa... Lama betul Wak nk kira harga... sampai hari ni (Selasa) pun Wak masih tak bagitau harga lagi... Kami risau jugak la takut terover bajet...

B) Kitchen Cabinet (D Jari Mahligai)
  1. Kabinet Dapur (Dry) Atas dan Bawah serta Tall Unit - Bahan 3G

  2. Tambahan:
    - Pasang Table Top - Granite
    - Pasang Tiles Dinding Tengah

  3. Kabinet Dapur (Wet)

  4. Tambahan:
    - Pasang Table Top - Konkrit Top Tiles
    - Pasang Piping+Sinki
    - Pasang Tiles Dinding Tengah

  5. Kabinet TV
  6. Wardrobe - Master Bed Room
Erm... itu la kerja-kerja yang akan dibuat oleh D Jari Mahligai (DJM). Sebelum ni duk pening kepala nk pilih syarikat mana yang nak pasang kitchen cabinet. Last2 pilih jugak DJM ni, walaupun tak jumpa sebarang komen orang pasal DJM ni bila google. so, kami amik risiko je ni pilih sykt tu. saya dh bgtau owner tu yang kami cari info kt google, tapi tak jumpa komen org pasal sykt tu. tapi dia yakinkan kami dengan tunjuk gambar2 kerja yang dia dah buat. so, TAWAKKAL je la... doa agar kerja2 yang akan dibuat nanti tak menghampakan... amiiinnn.... walaupun kosnya hampir pitam jugak nk dibayar

Lesen Untuk Ubahsuai Rumah

Masa dapat surat hands-over dari pemaju dulu, ada disertakan jugak makluman untuk mohon lesen kalau nak buat ubahsuai rumah sekali dengan borang mohon lesen tu. Disebabkan rumah kami di bawah jajahan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), maka kami kena mohon lesen dgn majlis tu la.

Setelah 5 bulan++ berlalu dari tarikh kami terima kunci dari pemaju, maka hari Isnin lepas (3 Feb 2014), kami pun pegi ke MPSepang untuk dapatkan lesen tu. disebabkan hari isnin tu, seluruh warga kerja di Wilayah Persekutuan (KL,Putrajaya,Labuan) cuti, maka boleh la kami pegi ke MPSepang dlm negeri Selangor yang kerja hari tu...

Dalam borang untuk mohon lesen tu dah tertulis perlu disertakan dengan:
  1. Salinan Sale & Purchase Agreement (SPA);
  2. Salinan IC pemilik rumah;
  3. Salinan pelan rumah; dan 
  4. Salinan bukti pembayaran cukai taksiran (cukai pintu).
bagi item 1-3, kami tak de masalah. semua dah tersedia. cumanya yang no. 4 tu kami belum jelaskan lagi cukai taksiran. bil pun belum diterima. ada pernah terima surat makluman nilai taksiran je dari MPSepang. panjang juga cerita nk selesaikan masalah dengan cukai taksiran ni.

ni kronologi masa kt MPSepang:
  1. Mula2 kami ke kaunter bayaran. Jelaskan pada staf kt situ yang kami belum terima bil dan nak bayar cukai.so, staf tu pun printkan bill statement cukai yang kami perlu bayar. terkejut jugak la bila termaktub kat situ yang kami dikenakan tunggakan sebanyak RM423++. padahal, kat surat makluman nilai taksiran dh dinyatakan tarikh kuatkuasa cukai rumah tu ialah pada 1 Januari 2014. staf tu kata, dia tak boleh buat apa. dia hanya boleh printkan bill statement je. dia suruh kami ke Unit Hasil.
  2. kami pun pegi la ke Unit Hasil. bila ceritakan masalah kami, dia kata dia boleh tolong semak penyata cukai kami. so, dia printkan penyata tu, memang tertulis yang kami dikenakan cukai start dari 1 Jan 2013 lagi. dia pun hairan kenapa kami dikenakan cukai, padahal sepatutnya sebelum pemaju serah kunci kepada pemilik, cukai dikenakan ke atas pemaju, bukan pemilik (kami terima surat serah kunci dari pemaju pada bulan Julai 2013). dia suruh pulak kami ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) untuk buat semakan.
  3. masa kat JPPH tu, sampai 3 org entertain kami. yang 2 orang awal tu, diorang tak boleh buat keputusan. mungkin sebab di luar kuasa diorang kot. sampai pegawai yang ke3, (saya cari kat portal MPSepang, dia bos no. 2 kt JPPH) baru la boleh nak buat keputusan. dia maklumkan kpd kami, mungkin kesalahan pada sistem. memang sepatutnya kami tak dikenakan cukai lg untuk tahun 2013. cukai hanya mula 1 Jan 2014. dia buat short note pada bill statement maklumkan ada kesilapan pada bill statement tu. dia kata, kalau tahun depan masa nak bayar cukai, kami kena lagi tunggakan, dia suruh kami tunjukkan note tu. dia sign & cop kt bill tu... so, kami rasa selamat la kan... 
  4. lepas dah selesai kes tunggakan tu, kami pun pergi semula ke kaunter bayaran untuk jelaskan cukai bagi tahun 2014. sepatutnya boleh je nak bayar cukai semasa (setengah tahun) sebanyak RM211.70. tapi kami kata nak bayar terus untuk setahun. so, cukai yang dikenakan adalah sebanyak RM423.40. lepas selesai bayar, dapat hadiah beg berkain guni... 
  5. Saguhati dari MPSepang sebab bayar penuh untuk setahun
  6. dah selesai bayar cukai, baru la boleh mohon lesen ubahsuai rumah di Jabatan Bangunan... kena bayar RM60 untuk dapatkan lesen tu. kami ingatkan boleh bayar kt jbtn tu je. rupanya kena bayar kt kaunter bayaran jugak... so, Mr F turun sorang je la utk bayar RM60 tu. dh selesai bayar tu, kami pun diberikan lesen berbentuk sticker utk dilekatkan di rumah sepanjang tempoh ubah suai. lesen tu boleh digunakan untuk sempoh setahun.

Ha... dah macam bola kan masa kami di MPSepang tu... ditolak ke sana-ke sini. Syukur, Alhamdulillah... akhirnya selesai jugak urusan di MPSepang. Lepas selesai tu, kami pun pergi la makan kt Restoran Saba', dah alang2 kami kt Cyberjaya kan.. makan nasi Arab la... masing2 dah kebuluran... mau taknya, kluar dari rumah pkl 10.30pagi. sampai pkl 1 baru selesai urusan kt MPSepang tu.

Lepas makan, kami ke rumah tukang yang akan buat ubah suai rumah. Org kampung panggil dia Wak Kang sebab dia orang Jawa... memang panggilan biasa Wak. disebabkan dia buat kerja tukang, tu yang dapat nama 'Wak Kang'. rumah wak ni di Bukit Changgang. jalan nk ke Banting. jauh jugak la dia nk ke sg merab nanti... kami pun bincang dgn dia apa yang akan diubahsuai rumah nanti... Wak janji dgn Mr F nk ke rmh hari Sabtu ni (8/2/14) dan kalau tak de masalah, minggu depan dah boleh start kerja-kerja RENOVATION.... wah, excited nye saya... harap2 segalanya berjalan lancar... aaaamiiiinnnnn... :)