RSS

Beli Rumah (Episod 2: Proses Permohonan Pinjaman Perumahan)

Ok... di entry sebelum ni, saya dh ceritakan pengalaman masa awal-awal nak dapatkan rumah yang diidamkan ni. Untuk entry kali ni, saya akan ceritakan pengalaman saya membuat permohonan pinjaman perumahan. disebabkan saya mohon pinjaman perumahan kerajaan, cerita saya hanya menjurus kepada pinjaman perumahan kerajaan yang diuruskan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Perbendaharaan Malaysia . Kalau tanya saya proses mohon pinjaman kat bank, memang saya x de jawapan la...

Lepas dah tahu anggaran bayaran yang akan dibayar setiap bulan nanti, kena tahu jugak kelayakan pinjaman perumahan yang diberikan. Kelayakan pinjaman ni adalah berdasarkan gaji hakiki seseorang pegawai/kakitangan kerajaan. Boleh rujuk link ni untuk lihat kelayakan pinjaman. Tarikh berkuatkuasa kelayakan ni adalah pada Januari 2011. Semasa entry ini ditaip, kelayakan ni masih valid lagi la... Masa saya mohon pinjaman ni (bulan Jun 2010), kelayakan ni masih belum berkuatkuasa. masa tu, kelayakan saya kurang dari harga rumah. so, terpaksalah top-up dengan duit sendiri untuk cukupkan harga rumah... kena tambah sikit la dari baki yang dah bayar 10% sebelum tu.

Masa saya mohon dulu masih kena gunakan borang manual. sekarang ni semua dh gunakan borang secara 'online'... lebih mudah, cepat dan tepat... ni saya sertakan carta alir proses pinjaman yang saya ambil dari portal BPP.
Mula kena isi borang permohonan pinjaman. Masa saya mohon dulu x de guna sistem lagi utk permohonan. kena download borang, isi & tandatangan. Sekarang ni da ada sistem online, bleh isi direct kt sistem je, then klik hantar... mudah kan... utk mohon secara online, bleh akses kt sini : Sistem Pinjam Perumahan Bersepadu (SBPP) . permohonan secara manual jugak masih boleh digunakan bagi sesiapa yang kurang gemar pakai online2 ni... tak pun payah nk dpt akses internet (er... ada lagi ke opis gomen yg x de internet zaman skrg ni?)

Kalau manual dulu, lps dh isi, kna hntar (pos atau by hand) ke BPP. disebabkn saya berada di Putrajaya je, hantar sendiri je la senang. lebih cepat & confirm sampai. mana la tau, kalau pos, kot x sampai pulak... ha, sebelum hntar tu, kena dptkn pengesahan ketua jabatan yg akan mensahihkan kita sedang berkhidmat kt pjbt tu. kena jugak sediakan wang proses sebanyak RM100 bg setiap permohonan. yg ni pekeliling baru. masa saya apply dl, hrga RM1 utk setiap RM1000. maknanya kalau nk pinjam RM30,000, kena byr RM300 la... untung la sapa yg mohon skrg ni...

dokumen2 lain yang perlu disertakan sekali dgn borang permohonan boleh dirujuk di Senarai Semak Pinjaman Jenis III .  Ada beberapa jenis pinjaman... Jenis pinjaman saya adalah Jenis III: Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Dalam Pembinaan. Untuk maklumat lanjut bagi permohonan pinjaman ni, boleh rujuk kat link ni.

Setakat ni dulu entry cerita pasal pinjaman perumahan.. kalau rajin akan ada sambungan seterusnya.... ;)

0 comments:

Post a Comment