RSS

Beli Rumah (Episod 1)

Rupanya banyak benda kena fikir untuk beli rmh baru ni... mula dengan cari kawasan rumah yg sesuai (lokasi, kos, jenis rumah, kemudahan di sekitaran... semua nk kena ambil kira). Setelah kami 'dijodohkan' dengan Taman Mutiara Merab, bermulalah episod proses membeli rumah... disebabkan panjang ceritanya bab nak beli rumah ni, so saya buat entry ikut episod la senang... nnt klau nk crita semua dlm 1 entry, bosan lak nk baca panjang2...

Lepas encik suami a.k.a Mr. F dah confirm dengan wakil pemaju, kami pun deal utk booking & pilih rmh dlm kawasan tu (ni saya cerita dari pengalaman saya yg beli rmh taman yang dibina oleh pemaju la... kalau yg bina rmh sendiri ats tanah atau beli rumah yang dh siap dari orang, lain pulak ceritanya)... Lps dh siap booking, byr duit deposit dulu (kalau tak silap RM1000 kot) untuk menandakan kita bersungguh hati nk memiliki rmh tu. Dah tu, pemaju akan bekerjasama dengan peguam untuk siapkan kontrak Perjanjian Jualbeli - Sale & Purchase (S&P) Agreement. Masa saya beli rumah dulu, semuanya pihak pemaju yang uruskan. Pakai peguam yang sama je senang. Boleh gak kita nk pakai peguam sendiri, tapi kami malas nk cari peguam...

Lepas dh siap S&P, wakil pihak pemaju panggil untuk sign S&P. Masa ni kira dah confirm la rumah tu akan jadi milik kita... InshaAllah... Kena la bayar 10% harga rumah sebagai wang pendahuluan (deposit la tu...) Dia akan tolak RM1K yg kita dh bayar masa booking dulu. Syukur Alhamdulillah, by the time nk beli rumah ni, kami suami-isteri dh boleh keluarkan semua duit KWSP sebab kami dua-dua orang gomen yang dh cukup servis 3 tahun. kami pilih untuk ambil skim berpencen... so, bolehlah keluarkan semua duit KWSP hasil simpanan kami sebelum tu. Dengan adanya duit KWSP tu, kami gunakan untuk byr 10% deposit harga rumah dan kami amat berterima kasih pada ayah saya sebab tolong jugak dalam mencukupkan 10% ni... bukan sikit, mau gak berpuluh-puluh ribu. nak harapkan simpanan kami je, cukup tu mmg la cukup... cumanya kalau abih bayar tu, kami pakat ikat perut la lps tu... :)

Then, bila dh dapat salinan S&P, dah boleh hantar borang untuk buat loan. kami pakai loan kerajaan je... gunakan manfaat sebagai staf gomen... kalau pakai loan gomen ni, interest dia kurang sikit... (walaupun kurang, bila dikira-kira, mcm 2 kali ganda jugak jumlah harga rmh yg perlu dibayar setiap bulan). Saya x tahu la mcm mn kiraan dia... saya kira secara kasar anggaran bayaran bulanan darab dengan tempoh pinjaman... tu yg jumlah jadi 2 kali ganda... ada la formula dia... kalau nk tau anggaran yang nk kena bayar setiap bulan, boleh rujuk Pengiraan Kelayakan Anggaran Bayaran Balik Pinjaman di portal Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) kt link ni. kena pilih dulu insurans mana yang disukai. ni senarai yang ada:
Klik kt mana-mana insurans, masukkan maklumat seperti:
  • Nilai Hartanah,
  • Pinjaman yang dipohon,
  • Jantina,
  • Tarikh lahir,
  • Tempoh pinjaman,
  • Jenis bangunan, dan 
  • Status bangunan.
Sistem akan kira anggaran yang perlu dibayar setiap bulan sehingga tamat tempoh pinjaman. Dari anggaran ni, bolehla kita bajet berapa yang tinggal baki gaji kita setiap bulan lepas dh start potongan nnt. Kena make sure baki gaji bersih lps tolak byrn pinjaman ni (kt slip gaji) tak kurang dari 60%. kalau kurang, nanti tak pasal-pasal kena surat tunjuk sebab.

Ok, lepas dh tau anggaran bulanan setiap bulan, kena tau jugak kelayakan pinjaman. (Bersambung... macam drama kat tv la pulak)

2 comments:

Uji MKK said...

sbb tu seeloknya duit KWSP tu digunakan utk membayar deposit beli rumah drp dihabiskan dgn berpoya2/bercuti. sbb skrg org byk bg alasan "x cukup duit beli rumah". tp sbnrnya masih blh sekiranya betul2 tekad dan berusaha (mungkin ada perbelanjaan lain blh dijimatkan). org kata ukur bj di badan sendiri. sy hanya mampu beli apartment 100k shj, so itu jelah yg sy beli (sbb sy tau, ramai org nk beli rumah landed). sbb tu lah tak mampu sbb price rumah teres di pinggir bandar paling murah pun 250k ke atas.

Azila Azmi said...

like ur comment... syukur Alhamdulillah... DIA dh aturkan yg terbaik utk kami. mmg elok2 boleh kluarkn duit KWSP, kami jumpa rmh ni... Uji pun dh ada rmh, x kisah la apartment pun... asalkn mampu ada aset sendiri... fikir esok2 dh pencen, kalau x beli rmh dr skrg, nk duk mana kan... takat kuarters ni, boleh la duk selagi keja dgn gomen ni...

Post a Comment