RSS
Showing posts with label Pinjaman Perumahan. Show all posts
Showing posts with label Pinjaman Perumahan. Show all posts

Beli Rumah (Episod 5: Bayaran Kemajuan dan Bayaran Balik Pinjaman)

ha... kan dh bgtau urusan beli rumah ni panjang ceritanya... ni dh masuk episod ke 5 dh ni... hopefully  episod akhir dh la... jenuh la sy nk mengarang ni... kena bukak balik fail utk rujukan semata-mata utk hasilkan blog ni...

ok, lps dh lulus loan, geran pun dh dapat.... jeng3... bermulalah episod 'penantian suatu penyeksaan' utk lihat hasil rmh yg dlm pembinaan. ops... lupa nk cerita sebelum ni. masa apply loan dulu, kami ada tanya mcm mn dgn bayaran kemajuan kpd pemaju & bayaran balik pinjaman nanti. org BPP maklumkn bayaran kemajuan akn dibayar ikut progress work oleh pemaju... maknanya, pemaju akn buat tuntutan ikut kerja yg dh dibuat la... tiap kali pemaju buat tuntutan, kita akn dpt jugak salinan. so, kena make sure BPP byr sepertimana yg dituntut dlm tempoh yg sepatutnya... klau BPP lmbat byr peminjam yg akan tanggung interest nye... x ke naya... bayaran dibayar ikut percentage. ni sbb nk make sure pemaju siapkan keja dl, baru boleh bayar... takut jugak, ada kes projek trbengkalai (na'uzubillah), peminjam tetap kena byr balik pinjaman setakat mana yg pemaju dh tuntut. syukur alhamdulillah, projek rmh kami siap jugak akhirnya walaupun lambat.

manakala utk bayaran balik pinjaman, akan dibuat potongan terus dari gaji kita selepas 18 bulan dr tarikh permohonan pinjaman diluluskan atau slps rmh siap (dpt kunci rmh).... mana yg trdahulu. kalau ms beli rmh dl dh hmpir siap, cepat la kena potong gaji. mcm kes sy ni, seperti yg termaktub dlm S&P, rmh dijanjikan siap dlm tempoh 2 thn... kami beli dulu pertengahan thn 2010, maknanya jangka siap dlm tgh thn 2012 la... tp disebabkan ada beberapa masalah teknikal, bln julai 2013 baru rmh siap sepenuhnya... (kalau ada kesempatan, nnt sy cerita sbb apa lewat). kalau ikutkan, tempoh 18 bulan dr permohonan pinjaman diluluskn, hujung tahun 2011 dh kena start byr balik pinjaman la... tunggu, punya tunggu... gaji saya tak jugak dipotong utk byr balik pinjaman... risau jugak, kalau lmbat start potongan, nnt lmbat pula habis nk bayar... sy pilih buat bayaran utk tempoh 25thn... smpai pencen la baru abih nk byr... klau start potong lmbat, nnt dh pencen ni nk kena tanggung hutang lg... bila tanya bhg kewangan kt tmpt keja, sy dimaklumkan potongan akan dibuat secara terus oleh JABATAN AKAUNTAN NEGARA... akhirnya, hujung thn 2012 baru la potongan gaji utk byr hutang rmh mula... masa mula2 kena potong gaji, sedih je tengok slip gaji... dh tinggal sikit je gaji bersih... tp x pe la, sekurang-kurangnya dh ada aset sendiri... walaupun dh start kena byr balik pinjaman, still x dpt masuk rmh lg...

dan berakhirlah episod BELI RUMAH...

Beli Rumah (Episod 3: Kelulusan Pinjaman Perumahan

Lepas dh siap isi borang permohonan pinjaman, perlu dihantar bersekali dengan salinan2 dokumen yang diperlukan (kalu isi borang secara manual). kalau isi borang secara online, tetap kena hntar salinan2 dokumen jugak... boleh pos atau hntar sendiri by hand ke Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Masa saya hntr borang tu dulu skali dgn dokumen, staf kt BPP bagi sekeping kad bukti penerimaan borang.

Lepas lebih kurang 2 minggu lps mohon, boleh la semak status permohonan secara online di sini atau di Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SBPP). Sekiranya permohonan telah diluluskan, BPP akan bagi surat tawaran pinjaman perumahan bersekali dgn Surat Setuju Terima (SST). surat tu dipos ke alamat pejabat. kita diberi tempoh kalau x silap 2 minggu utk jwb SST yg kita terima tawaran pinjaman tu... kalau x jwb, dianggap kita x berminat... x dpt la loan tu...

Beli Rumah (Episod 2: Proses Permohonan Pinjaman Perumahan)

Ok... di entry sebelum ni, saya dh ceritakan pengalaman masa awal-awal nak dapatkan rumah yang diidamkan ni. Untuk entry kali ni, saya akan ceritakan pengalaman saya membuat permohonan pinjaman perumahan. disebabkan saya mohon pinjaman perumahan kerajaan, cerita saya hanya menjurus kepada pinjaman perumahan kerajaan yang diuruskan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Perbendaharaan Malaysia . Kalau tanya saya proses mohon pinjaman kat bank, memang saya x de jawapan la...

Lepas dah tahu anggaran bayaran yang akan dibayar setiap bulan nanti, kena tahu jugak kelayakan pinjaman perumahan yang diberikan. Kelayakan pinjaman ni adalah berdasarkan gaji hakiki seseorang pegawai/kakitangan kerajaan. Boleh rujuk link ni untuk lihat kelayakan pinjaman. Tarikh berkuatkuasa kelayakan ni adalah pada Januari 2011. Semasa entry ini ditaip, kelayakan ni masih valid lagi la... Masa saya mohon pinjaman ni (bulan Jun 2010), kelayakan ni masih belum berkuatkuasa. masa tu, kelayakan saya kurang dari harga rumah. so, terpaksalah top-up dengan duit sendiri untuk cukupkan harga rumah... kena tambah sikit la dari baki yang dah bayar 10% sebelum tu.

Masa saya mohon dulu masih kena gunakan borang manual. sekarang ni semua dh gunakan borang secara 'online'... lebih mudah, cepat dan tepat... ni saya sertakan carta alir proses pinjaman yang saya ambil dari portal BPP.
Mula kena isi borang permohonan pinjaman. Masa saya mohon dulu x de guna sistem lagi utk permohonan. kena download borang, isi & tandatangan. Sekarang ni da ada sistem online, bleh isi direct kt sistem je, then klik hantar... mudah kan... utk mohon secara online, bleh akses kt sini : Sistem Pinjam Perumahan Bersepadu (SBPP) . permohonan secara manual jugak masih boleh digunakan bagi sesiapa yang kurang gemar pakai online2 ni... tak pun payah nk dpt akses internet (er... ada lagi ke opis gomen yg x de internet zaman skrg ni?)

Kalau manual dulu, lps dh isi, kna hntar (pos atau by hand) ke BPP. disebabkn saya berada di Putrajaya je, hantar sendiri je la senang. lebih cepat & confirm sampai. mana la tau, kalau pos, kot x sampai pulak... ha, sebelum hntar tu, kena dptkn pengesahan ketua jabatan yg akan mensahihkan kita sedang berkhidmat kt pjbt tu. kena jugak sediakan wang proses sebanyak RM100 bg setiap permohonan. yg ni pekeliling baru. masa saya apply dl, hrga RM1 utk setiap RM1000. maknanya kalau nk pinjam RM30,000, kena byr RM300 la... untung la sapa yg mohon skrg ni...

dokumen2 lain yang perlu disertakan sekali dgn borang permohonan boleh dirujuk di Senarai Semak Pinjaman Jenis III .  Ada beberapa jenis pinjaman... Jenis pinjaman saya adalah Jenis III: Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Dalam Pembinaan. Untuk maklumat lanjut bagi permohonan pinjaman ni, boleh rujuk kat link ni.

Setakat ni dulu entry cerita pasal pinjaman perumahan.. kalau rajin akan ada sambungan seterusnya.... ;)

Beli Rumah (Episod 1)

Rupanya banyak benda kena fikir untuk beli rmh baru ni... mula dengan cari kawasan rumah yg sesuai (lokasi, kos, jenis rumah, kemudahan di sekitaran... semua nk kena ambil kira). Setelah kami 'dijodohkan' dengan Taman Mutiara Merab, bermulalah episod proses membeli rumah... disebabkan panjang ceritanya bab nak beli rumah ni, so saya buat entry ikut episod la senang... nnt klau nk crita semua dlm 1 entry, bosan lak nk baca panjang2...

Lepas encik suami a.k.a Mr. F dah confirm dengan wakil pemaju, kami pun deal utk booking & pilih rmh dlm kawasan tu (ni saya cerita dari pengalaman saya yg beli rmh taman yang dibina oleh pemaju la... kalau yg bina rmh sendiri ats tanah atau beli rumah yang dh siap dari orang, lain pulak ceritanya)... Lps dh siap booking, byr duit deposit dulu (kalau tak silap RM1000 kot) untuk menandakan kita bersungguh hati nk memiliki rmh tu. Dah tu, pemaju akan bekerjasama dengan peguam untuk siapkan kontrak Perjanjian Jualbeli - Sale & Purchase (S&P) Agreement. Masa saya beli rumah dulu, semuanya pihak pemaju yang uruskan. Pakai peguam yang sama je senang. Boleh gak kita nk pakai peguam sendiri, tapi kami malas nk cari peguam...

Lepas dh siap S&P, wakil pihak pemaju panggil untuk sign S&P. Masa ni kira dah confirm la rumah tu akan jadi milik kita... InshaAllah... Kena la bayar 10% harga rumah sebagai wang pendahuluan (deposit la tu...) Dia akan tolak RM1K yg kita dh bayar masa booking dulu. Syukur Alhamdulillah, by the time nk beli rumah ni, kami suami-isteri dh boleh keluarkan semua duit KWSP sebab kami dua-dua orang gomen yang dh cukup servis 3 tahun. kami pilih untuk ambil skim berpencen... so, bolehlah keluarkan semua duit KWSP hasil simpanan kami sebelum tu. Dengan adanya duit KWSP tu, kami gunakan untuk byr 10% deposit harga rumah dan kami amat berterima kasih pada ayah saya sebab tolong jugak dalam mencukupkan 10% ni... bukan sikit, mau gak berpuluh-puluh ribu. nak harapkan simpanan kami je, cukup tu mmg la cukup... cumanya kalau abih bayar tu, kami pakat ikat perut la lps tu... :)

Then, bila dh dapat salinan S&P, dah boleh hantar borang untuk buat loan. kami pakai loan kerajaan je... gunakan manfaat sebagai staf gomen... kalau pakai loan gomen ni, interest dia kurang sikit... (walaupun kurang, bila dikira-kira, mcm 2 kali ganda jugak jumlah harga rmh yg perlu dibayar setiap bulan). Saya x tahu la mcm mn kiraan dia... saya kira secara kasar anggaran bayaran bulanan darab dengan tempoh pinjaman... tu yg jumlah jadi 2 kali ganda... ada la formula dia... kalau nk tau anggaran yang nk kena bayar setiap bulan, boleh rujuk Pengiraan Kelayakan Anggaran Bayaran Balik Pinjaman di portal Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) kt link ni. kena pilih dulu insurans mana yang disukai. ni senarai yang ada:
Klik kt mana-mana insurans, masukkan maklumat seperti:
  • Nilai Hartanah,
  • Pinjaman yang dipohon,
  • Jantina,
  • Tarikh lahir,
  • Tempoh pinjaman,
  • Jenis bangunan, dan 
  • Status bangunan.
Sistem akan kira anggaran yang perlu dibayar setiap bulan sehingga tamat tempoh pinjaman. Dari anggaran ni, bolehla kita bajet berapa yang tinggal baki gaji kita setiap bulan lepas dh start potongan nnt. Kena make sure baki gaji bersih lps tolak byrn pinjaman ni (kt slip gaji) tak kurang dari 60%. kalau kurang, nanti tak pasal-pasal kena surat tunjuk sebab.

Ok, lepas dh tau anggaran bulanan setiap bulan, kena tau jugak kelayakan pinjaman. (Bersambung... macam drama kat tv la pulak)