RSS

Kabinet Dapur: Perbandingan Harga

Ni saya nak sharekan jumlah harga bagi quotation KC yang saya dah dapat. sebenarnya, x boleh nak buat perbandingan secara adil dan saksama sebab material yang diorang bagi tak sama jenis... saiz pun ada yang tak sama sebab diorang buat anggaran ukuran ikut floor plan yang saya bagi je... so, tak berapa tepat ukuran dia. cuma yang D Jari Mahligai je datang rumah untuk ambil ukuran. yang ni memang tepat la... yg lain tu kata kalau dh confirm, baru diorang dtg rmh utk ukur.

walaupun nampak sama je material untuk Wet Kitchen yang ditawarkan iaitu melamine, tapi tetap berbeza... ada yang melamine chipboard, ada yang ABS melamine... saya pun x tau apa beza dia... aksesori yang ditawarkan pun lain2... design pun lain2...

Setelah pening dengan quotation yang diberikan, ni saya buat summary dari semua quotation tu...
 
Klik untuk besarkan imej
nampak kan perbezaan yang ketara antara yang paling atas dengan yang paling bawah...

Yang Defilio tu, saya sendiri yang summarize bagi jadi lumpsum... sebab dia kira sekali untuk kabinet wet&dry  bagi material melamine. kalau nk tambah acrylic/3G untuk dry kitchen, kena add-on. so, susah saya nk pecah2kan ikut wet&dry...

Untuk top, saya masih mempertimbangkan sama ada nak guna khidmat company KC atau minta tukang buatkan. asalnya memang plan tukang yang akan buatkan sekali dengan pecah dinding dapur (antara wet kitchen dengan bilik utiliti), pasang tiles (dinding&lantai), tukar tingkap dari nako kpd glider atau casement window (yg ni saya x decide lagi nak pilih glider atau casement), tukar pintu, piping, dan wiring. disebabkan tu, saya minta la company KC ni quote kan harga untuk top sekali dengan material yang diorang cadangkan. yang x de quote untuk top tu, diorang assume saya ambil dgn tukang.

so, sekarang pun masih dalam dilema lagi nk pilih company mana & top nak mintak tukang pasangkan atau serah je kat company KC...

0 comments:

Post a Comment