RSS

Kabinet Dapur: Misi Pencarian

Entry ni saya nak ceritakan pengalaman dalam Misi Pencarian Kabinet Dapur (KC) yang telah dilalui. Memang agak rumit la saya rasakan dalam misi ni. sebabnya banyak yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan KC ni. entry sebelum ni saya ada listkan pros & cons company yang disurvey. Cumanya syarikat D Jari Mahligai je x jumpa lagi komen kt internet..

5 Okt 2013 (Sabtu)
Survey KC kt CLS Kitchen Cabinet kt Bandar Baru Bangi. Sebelum ni pernah dah survey kat kedai tu. tapi lama dulu, rasanya setahun lepas kot. masa tu memang saja-saja nak cari info pasal KC. Lepas tu, pernah gak survey kt CLS Avenue, Puchong. Bila dah dapat kunci rumah, baru la betul2 jalankan misi pencarian ni. masa ni, bawa sekali dengan floor plan untuk dapatkan quotation. saya sendiri masa tu, x tau pun nak baca floor plan tu. bagi je kt org kt kedai tu... mesti la dia faham.. dh memang keja dia. lepas dah habis bincang, cerita semua yang saya nak... dia pun bagitau harga. cuma yang pelik sikit, dia tak bagi print quotation tu. saya boleh amik total harga je... details dia kata tak boleh bagi, melainkan kita bayar deposit kat dia.... mana boleh nk bayar deposit terus kan... mestila nk survey kat lain dulu... melainkan kita ni jenis yang x banyak ragam & malas nk cari kt lain dh, boleh la terus booking. layanan yang dia bagi memang baik la...

Lepas keluar dari CLS, masuk pulak Welco Kitchen, selang 2 kedai je dari CLS. Bagitau kat awek tu nak dapatkan quotation. bagi floor plan kat dia. lps tu cerita konsep yang kita nak... material apa... dan dia pun come out dengan design 3D yang saya rasakan sangat kagum dengan awek ni... hebat betul dia gunakan software tu... laju je... saya ada gak pernah try design sendiri pakai software yg didownload dari internet... tapi punya la susah saya rasa.. dah la x reti nak setkan ukuran yang betul... layanan yang diberikan oleh awek ni pun baik jugak... harga yang diberikan kurang dari CLS. tapi masih agak mahal jugak la saya rasa... jumlah untuk wet+dry kitchen mencecah belasan ribuan jugak la...

 19 Okt 2013 (Sabtu)
Survey KC kt YKL Decoration kt Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Dapatkan quotation & design 2D simple atas kertas.

20 Okt 2013 (Ahad)
Survey KC kt Defilio Kitchen & Sam Home Cabinet kt Bandar Baru Bangi. Dapatkan quotation & design 3D simple atas kertas (Defilio je, Sam x sempat design sebab sy nk cepat).

24 Okt 2013 (Khamis)
Hari ni emelkan Intech Kitchen untuk dapatkan quotation. Rasa menarik gak dengan company ni sebab sepanjang pencarian info kt cik google, jumpa byk info positif pasal company ni.

25 Okt 2013 (Jumaat)
Tengah hari ni dh dapat quotation dari Intech. cepat betul feedback dia... maklumlah, bisnes ribu-ribuan ni... mesti la kena layan baik punya kan... Harga yang diberikan agak menarik. tapi disebabkan info yang saya bagi masa nk minta quotation tu amatlah ringkas, so, harga yang dia bagi pun sama ringkas macam yg saya minta. ada gak additional untuk aksesori asas seperti bottle rack, dish rack, soft close hinges dimasukkan sekali dlm quotation tu... bagus la kan... tapi masalahnya lokasi kedai Intech ni adalah yang paling jauh dari rmh nak dibandingkan dengan companies lain yang saya dh survey. so, agak berat hati jugak la nk pilih... jugak agak berat hati kalau tak jadi pilih sebab harga yang dia bagi ok & ramai yang puas hati dgn workmanship dia...

26 Okt 2013 (Sabtu)
Hari ni encik suami x ada. outstation ke Melaka. mak & ayah datang rmh kt putrajaya. so, bawa mak ayah gi tengok rumah baru. singgah kt kedai Kabinet Dapur D Jari Mahligai kat Sungai Merab Luar. Masa sampai tu, ada sorang laki ni, mcm blur je.. rupanya abang kpd tuan kedai. tolong jaga kedai je. tp tak berapa tahu buat quotation. so, bincang sikit dgn dia. dia kata nnt adik dia akan pegi rmh utk ambil ukuran sebenar. dh alang2 kami pun mmg nk gi tengok rmh, tunggu je la adik dia tu datang. kalau tak silap nama Safri.

Safri smpai rumah dalam pukul 1.35pm. cerita serba sikit pasal design yang nk... dia pun ambil ukuran untuk KC. dah dia ada kt rmh, saja suruh dia ukur untuk wardrobe kt Master Bed Room & kabinet tv. lepas dia dh ambil semua ukuran, dia buat lakaran design pakai tangan je.. design atas buku dia. dia kata x de software canggih2 utk buat 3D... x pe la, asalkan dia faham design yg sy nk kira dh ok la... lps dia dh siap design tu, saya tengok puas hati la... mmg mcm yg saya maksudkan. dia kata akan emelkan quotation esok (27/10/2013-Ahad)..

28 Okt 2013 (Selasa)
Pagi ni dapat SMS dari Encik Safri bagitau dah emelkan quotation. Lepas check emel dari dia, harga yang ditawarkan agak menarik juga la... dia tawarkan untuk buat concrete table top sekali dengan tiles kt dinding tengah KC. memang saya yg minta dia bagi sekali untuk buat bandingan harga dengan tukang yg akan buat renovation nanti. tukang ni bagi lump sum je harga semua sekali yang termasuk gak concrete table top & tiles kt dinding tengah KC.


Saya rasa cukuplah misi pencarian saya setakat ni. Lepas ni, nak tumpukan untuk buat penilaian yang melibatkan harga, material, design, kualiti, review komen dari google, dan sebagainya...

0 comments:

Post a Comment