RSS

Rumah: Pembetulan Defect

Kalau baca kat entry sebelum ni, kami dah serahkan kunci rumah kt pemaju untuk betulkan defect since 27/09/2013 lagi... Sampai la hari ni (20/11/2013) masih belum siap lagi... ada gak beberapa kali tanya wakil dari pemaju... katanya dh nak siap. mungkin hujung minggu ni dh boleh serah balik kunci... makna kata, dh siap la diorang betulkan defect tu... tapi sabtu lepas, kami p tengok rumah... yang bekas2 retak kat dinding & lantai semua dh bertampal la... tapi masih belum cat semula... bertampung (dgn simen) sana-sini... lupa pulak nk amik gambar rumah dlm keadaan comot mcm tu. yang tu, kami rasa sempat la pemaju nak cat semula sebelum pulangkan kunci sabtu ni (seperti yang dimaklumkan la)...

Cuma yang kami masih tak puas hati, tekanan air kt shower dlm ketiga-tiga bilik air sangatlah slow. Air macam malas nak keluar ja. memang tak puas la nak mandi kan... dh biasa mandi kt rmh kuarters di Putrajaya ni, airnya laju... best je...

Asalnya memang ada janji dengan wakil pemaju, nak jumpa dia hari sabtu lepas tu. tapi kami lambat sampai sebab Mr. F ada keja pagi tu. Sampai kt rmh tu pun dah tengah hari. Elok je kami sampai, wakil pemaju tu sms bagitau dia terpaksa balik sebab ada kematian... so, ok la... tak jadi la nak jumpa. masa nak duk pusing2 tengok rmh2 lain yg tgh renovate/betulkan defect, ternampak pekerja2 pemaju. kami pun komplen la bagitau air masih slow lagi. Diorang pun ikut p tengok. hubby iring diorang ke semua bilk air. memang diorang pun setuju yang air masih slow. kalau semua rmh kt area tu tekanan air slow, kami boleh la terima... tapi masa pusing2 tengok rumah lain tu, kami try buka paip shower, ok je.. rumah kami je la yang slow tekanan airnya.. mungkin ada tersumbat kt mana2 la kot. pekerja pemaju tu kata mungkin sebab kepala shower tu ada masalah. Diorang akan tukar yang lain...

Hujung minggu ni nak pergi tengok lagi... harap2 dah betulkan la... Excited nak panggil tukang buat renovation ni...

Rumah: Dari Dalam Pembinaan, Sehinggalah Siap

Disebabkan rumah di Sungai Merab ni merupakan aset hartanah pertama bagi saya dan Mr. F, maka kami amatlah teruja dengan rumah ni... boleh dikatakan setiap progress rumah ni kami ikuti dari mula rumah tak jadi rupa rumah lagi, dari tanah mula diratakan... sehinggalah rumah siap dibangunkan. sekurang-kurangnya sebulan sekali kami akan pergi tengok tapak pembinaan. Ada jugak la gambar yang sempat saya rakamkan untuk kenang-kenangan... Ni saya akan kongsikan antara gambar2 yang ada dalam simpanan saya...

18/09/2011 - Ni masa rumah dah jadi rupa rumah... tapi masih 'hodoh' lagi sebab belum dimekapkan.Tembok pemisah dengan rumah jiran pun belum siap lagi.


17/12/2011 - Masa ni rumah dah siap dipakaikan 'bedak' (cat)... baru la nampak comel sikit. tembok pemisah dengan rumah jiran pun dah siap. Saya suka dengan kombinasi warna putih+coklat ni... nampak keserasiannya...

04/03/2012 - Lantai dah siap dipasang smpai ke depan... Tembok dengan jiran sebelah lagi pun dah siap pasang.. Tu yang nampak macam pondok kecil kat depan tu ialah rumah sampah... besar gabak... kami tak berapa berkenan sangat dengan rumah sampah ni... dh la besar, diorang buat ketengah sikit... bazirkan ruang je... patutnya rapatkanlah dengan tembok rumah sebelah tu kan... baru la pagar depan jadi besar.. senang nak masuk 2 kereta nanti... kalau ada bajet lebih, nanti kami ingat nk kecilkan dan pindahkan rumah sampah tu ke tepi, rapatkan dengan tembok tu... tapi yang ni KIV dulu kot... banyak lagi hal lain yang perlu diutamakan. Kelihatan pada gambar ni Mr. F sedang melawat tapak (site visit) sambil mendukung si Aisyah.

Ni gambar si Aisyah kt dalam rumah sampah. Dia kata ni rumah kecil... dia punya rumah... layankan je la... sementara tak de sampah lagi, boleh la dia buat main 'pondok-pondok'...

Si mandur kecik tengah perhatikan pekerja indon buat finishing pada cat dinding di ruang tamu. Mandur kecik ni dahaga kot... sambil memantau, sambil minum susu... :)

Kat atas sebelah kanan tu kami cukup tak berkenan la... sapa la arkitek yang design rumah ni... konon2 plaster ceiling la.. yang sebenarnya dibuat untuk tutup saluran keluar paip tandas kat tingkat atas. nampak hodoh kan??? tapi kami redha je la... lepas ni kena la buat plaster ceiling lain untuk cantikkan kawasan hall ni...

Ha... sebelum kami tinggal kat rumah ni... rumah ni dh ada penghuni dah... mat2 indon yang buat rumah ni dh buat macam rumah sendiri dah... siap ada tong gas tu... tapi x pe la, sekurang-kurangnya rumah ni tak de la terbiar kosong tak berpenghuni kan...


Mr. F sedang bercekak pinggang  tengok dapur berselerakan... Tu yang kat dapur tu... kalau ikutkan pelan asal, nanti dapur saya (dry kitchen) hanyalah sebesar tu je... sangatlah sempit kan... untuk saya yang suka masak (suka la sangat kan) ni, memang tak puas la nak masak dengan dapur sekecil tu... disebabkan tu, kami buat keputusan untuk pecahkan bilik kecik yang dekat dapur tu... tak guna pun bilik tu... bukan kami ada maid pun...

11/03/2012 - Longkang untuk saluran keluar air kat sebelah depan siap dikorek. masa saya tengok ni, nampak gerun je longkang ni... dah la nampak lantai tu macam tergantung je...

 18/03/2012 - Tembok untuk longkang sedang dipasang... 

06/05/2012 - Pagar & pintu rumah sampah dah siap dipasang... ni gambar rumah yang corner lot... tak tahu kenapa saya snap gambar rumah ni, padahal gambar rmh sendiri x ambil pulak... mungkin masa ni rumah ni je kot yang baru siap dipasang pagar ni... asalnya masa kami tengok ni, diorang cat dengan warna hijau... sungguh la nampak tak menarik... saya siap dah pasang hajat untuk cat pagar ni dengan warna coklat nanti.

29/07/2012 - Setelah 2 tahun pembinaan rumah ni... siap jugak akhirnya... pagar & pintu rumah sampah pun dah dicat dengan warna coklat seperti yang saya nak... TNB pun dah pasang elektrik... cumanya, air je belum masuk lagi... SYABAS yang tak berapa nk boleh diucap "syabas" sebab lambat pasang meter air... makanya sumber bekalan air belum ada lagi... terpaksalah kami bersabar selama hampir setahun untuk penyerahan kunci sebab selagi bekalan air/elektrik belum dipasang, sepatutnya Sijil CF tak boleh diberikan kepada pemaju... selagi CF tak dapat, pemaju tak boleh serahkan kunci kepada pemilik...

Pada bulan Julai 2013, kami terima surat dari pemaju untuk penyerahan kunci rumah... Penantian kami selama 3 tahun setengah akhirnya menjadi kenyataan... Tapi, kami tak dapat terima kunci rumah selagi Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) tak selesaikan baki 25 % bayaran progress work. Bila tanya BPP, rupanya pihak pemaju tak sign salinan sijil CF. Sebab query tu, lambat jugak la kami boleh ambil kunci... hampir sebulan jugak la tertangguh... dah la masa tu musim cuti raya Aidilfitri... ramai yang bercuti masa tu.

Lepas BPP dah selesai release kan baki tuntutan 25% dari pemaju, barulah kami boleh ambil kunci rumah...

Tanggal 24 Ogos 2013 (Sabtu), secara rasminya kami terima kunci rumah buat pertama kalinya... Syukur Alhamdulillah... Masa hari terima kunci ni, kami buat checking untuk tengok defect yang perlu dilakukan oleh pemaju. banyak jugak la defect yang dikenalpasti. Antaranya, simen pada dinding/lantai retak, air tak keluar disebabkan tekanan pada tangki air, finishing tak kemas dan sebagainya.

Berkat kesabaran kami selama setahun lebih ni, kami diberikan ganjaran LAD (denda lewat) oleh pemaju... banyak jugak la bayaran yang diterima... cukuplah untuk kami gunakan untuk buat minor renovation + kitchen kabinet... :)

Mengikut perjanjian dalam S&P, kontrak projek ni adalah selama 2 tahun. maknanya, kami sign S&P pada bulan Jun 2010 dan projek sepatutnya berakhir pada Jun 2012 la... memandangkan projek tergendala selama setahun sebulan (Julai 2013 baru siap), sebab tu la pemaju kena bayar denda lewat siap. sebenarnya kami kesian gak kat pemaju, kena bayar banyak gak kan... tapi yang ni hak kami... kami tuntut la... lagipun pemaju kan dh untung berjuta-juta dengan projek ni... patutnya memang la kena bayar balik kat kami kan... lagi satu sebab, memang patut pun kami dapat bayaran ni.. sebab sementara nk tunggu rumah ni siap, kami kena la stay kat kuarters.. kira ni bayar balik la bayaran sewa kuarters yang kami stay selama duk tunggu rumah siap ni... dah la kena bayar sewa kuarters, kena bayar jugak bayaran pinjaman beli rumah ni... kami suami-isteri berpakat la bayar sama-sama... suami bayar sewa kuarters sebab memang nama dia... saya bayar pinjaman perumahan ni... tak adil kan, sebab pinjaman rumah lagi mahal dari sewa kuarters... hehehe...
Ni salinan cek yang diberikan oleh pemaju... puluhan ribu RM jugak la yang kami terima....


27/09/2013 - Serahkan semula kunci rumah kepada wakil dari pemaju untuk betulkan defect.

Sehingga hari ni (08/11/2013), masih belum siap lagi pembetulan defect nye... ada gak contact diorang, katanya hujung bulan Oktober dah boleh siap.. tapi apa pun tarak... Selagi tak siap pembetulan defect, kami tak boleh nak start lagi kerja-kerja renovation. sebab kalau kita dh mula buat apa2 renovation, warranty yang sepatutnya setahun akan terbatal dengan sendirinya... tu yang kami sabar je dulu... biar diorang dh siap betulkan defect dulu, baru kami boleh buat apa yang sepatutnya...

Pelan Rumah

Hari ni, saja je promote link blog ni kt Facebook. saja nk cerita yg blog dh ada... tp x siap betul lagi... tak sangka ramai yang 'like' status saya tu... setakat ptg ni je dh 20 frens yg 'likes'... ada gak yang bagi komen untuk saya masukkan gambar bagi nampak menarik blog ni. ok, fine... ni saya tempek gambar pelan rumah dulu ek... gambar rumah yang real saya segan lagi nk expose sebab rupa rumah masih comot sbb developer masih buat defect. dinding bertampal kt sana-sini sbb byk tanda2 cracks. nnt bila rmh dh cantik, saya buh gambar banyak2 ye... :)


yg kt atas ni floor plan (pelan lantai) tingkat atas & bawah yang saya ambil dari website developer. rumah saya yg intermediate je.. bkn yg corner lot tu. sebaris rmh ada 4 unit je... unit rmh saya yg ketiga dari corner lot.


gambar ni pun saya ambil dari website developer. ni replika rumah untuk tingkat atas. ada 3 bilik. yang kanan tu master bed room. ada 1 bilik air dlm tu. kt tengah tu family area... tempat lepak2 seisi keluarga time malam kot... 2 bilik sebelah kiri tu ada 1 bilik air yang perlu dikongsi bersama.


yang ni pulak replika rmh untuk tingkat bawah. yang ni asal seperti mana yang developer bagi, cumanya x de la perabot2 tu... kosong je la... yg ada dia bagi pun mcm paip, shower, toilet bowl & sinki. ada sikit renovation jugak la nak kena buat untuk besarkan dapur. kalau tengok, dapur mmg sangatlah kecil sebab ada bilik utiliti kt situ... patutnya x de pun x pe. buat rugi ruang je... asalnye kira ada 2 bilik la kt tingkat bawah ni... 1 tu bilik ok la.. biar je kt situ... bilik yg lg 1 tu, asalnya ikutkan developer kata, utk bilik maid... tp kami mana la nk ada maid... so, setelah difikir2kan, pecahkan je la bilik kecik tu...


ha... ni la bakal rupa rmh saya nnt setelah siap buat kitchen cabinet & masukkan perabot semua... yg ni saya design sendiri tau... pakai microsoft visio je pun.... :)


oklah... cukup la kot takat ni dulu untuk entry ni... lain kali cerita lagi ye...