RSS

Beli Rumah (Episod 4: Tukar Hak Milik Tanah)

Bila dh dpt kelulusan pinjaman dari BPP, lepas dh brfikir panjang utk rela menanggung hutang (bayar balik pinjaman) selama 25 tahun, sy pun hntar le Surat Setuju Terima ke BPP. Lepas tu, kena contact peguam utk uruskn hal-ehwal cagaran rumah. ni bermakna walaupun rumah & tanah adalah hak milik kita, nama tertera kt geran tanah adalah nama kita, tp terpaksa dicagarkan ke BPP sbg 'jaminan' utk kita bayar balik pinjaman... ada kes yg peminjam x mampu bayar, maka rumah yg dicagarkan ke BPP akan dilelong... sy x pasti mcm mn boleh ada kes yg x mampu bayar tu... pdhal, bayaran balik pinjaman dipotong terus dari gaji kita... tp drpd yg sy duk tengok kt portal BPP, byk je kes rmh kena lelong...

Pihak peguam diberi tempoh kalau x silap saya 14 hari utk selesaikan urusan cagaran rmh ni. masa tu, Mr. F asyik keep calling peguam. byk kali jugak la Mr. F duk call... kena desak diorang ni, kalau x lmbat diorg uruskan hal cagaran, nnt kita yg dipertanggungjawabkn ats kelewatan BPP release duit kepada pemaju. dah kalau BPP lmbat release duit (ikut progress work) kpd pemaju, kita yang kena tanggung interest... bila dh Mr. F asyik call je, wakil pihak peguam pun buat appointment utk jmpa d Pejabat Daerah dan Tanah Sepang... ops... lupa nk bgtau sblum ni...rmh kami walaupun paling hampir dgn Bangi, yg di bwh Pjbt Daerah Hulu Langat... tp Sungai Merab di bawah jajahan Pejabat Daerah dan Tanah Sepang.


dh jumpa dgn peguam, kami dibawa utk sign pindah milik nama bagi lot tanah rmh di hadapan Pegawai di pjbt tanah tu. disebabkan rmh kami telah diwartakan sebagai Rizab Melayu, maka kami kena la sign d hadapan pegawai d pjbt tanah. kalau bkn rizab melayu, boleh je sign kt mana2... tak perlu bersaksikan pegawai d pjbt tanah. ms nk sign tu, pegawai tu mintak tengok IC... takut ada kes penipuan la kot... mana la tau, bab2 tanah ni ada je yg sanggup menipu kan...

Setelah  sign, maka secara rasminya geran bagi salah satu  lot tanah di Taman Mutiara Merab telah menjadi hak milik saya... walaupun dh tertera nama saya dlm geran, tapi bukan boleh dpt pun geran tu... peguam uruskn utk cagarkn geran tu ke BPP. kita cuma bleh dpt salinan je la... tp tu pun dh kira Syukur  Alhamdulillah... dh mampu ada tanah ats nama sendiri, hasil usaha sendiri...

9 comments:

Anonymous said...

Terima kasih... byk info yg sy dpt dari blog ni... planning nk beli rumah pakai government loan juga... :)

Azila Azmi said...

sama2...

Azila Azmi said...

harap info ni dpt membantu... slamat membeli rmh baru... ;)

Mazatul Hafizah said...

Zila, tukar nama atas geran tu kena setel dlm tempoh 2 mgu mcm sst jugak ke? Atau lawyer just kena submit borang gadaian je dlm tempoh 2mgu tu? Tukar nm kt geran selepas tu kan? Zila byr lawyer berapa? N byr lumpsum ke atau byr ikut progres jgk?

Azila Azmi said...

Wah maza... mcm mn awak boleh jumpa blog ni? sy belum promote lg blog ni... hehehe... a'ah.. BPP bagi tempoh kalau x silap 2 minggu la... lupa dah... borang gadaian tu pun dlm tempoh 2 minggu. rasanya dh ada geran, baru boleh lawyer submit borang gadaian. tak ingat dh brp byr kt lawter.. kalu x silap dlm RM4ribu++ jugak la... ikut harga rumah. x ingat brp persen... byr kt lawyer tu lumpsum terus. tapi, yg last tuntutan dari pemaju tu, ada yg BPP kena byr direct ke lawyer dlm 10% kot...

Anonymous said...

salam...untuk tukar milik rizab melayu sg merab tu...perlu dptkan kebenaran pindah milik dari PBN ke atau just urusan di pejabat tanah shj?

Azila Azmi said...

Wassalam. Maaf, lmbt reply. Tak perasan komen ni.
Tukar milik rizab melayu sy x pasti sgt prosesnya. Sbb yg rmh sy ni tukar milik dr pemaju, tak libatkn PBN. Urusan d pbjt tanah sahaja

Axis Capital Holdings Limited said...
This comment has been removed by a blog administrator.
aditya.aulia139@gmail.com said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment