RSS

Rumah: Pembetulan Defect

Kalau baca kat entry sebelum ni, kami dah serahkan kunci rumah kt pemaju untuk betulkan defect since 27/09/2013 lagi... Sampai la hari ni (20/11/2013) masih belum siap lagi... ada gak beberapa kali tanya wakil dari pemaju... katanya dh nak siap. mungkin hujung minggu ni dh boleh serah balik kunci... makna kata, dh siap la diorang betulkan defect tu... tapi sabtu lepas, kami p tengok rumah... yang bekas2 retak kat dinding & lantai semua dh bertampal la... tapi masih belum cat semula... bertampung (dgn simen) sana-sini... lupa pulak nk amik gambar rumah dlm keadaan comot mcm tu. yang tu, kami rasa sempat la pemaju nak cat semula sebelum pulangkan kunci sabtu ni (seperti yang dimaklumkan la)...

Cuma yang kami masih tak puas hati, tekanan air kt shower dlm ketiga-tiga bilik air sangatlah slow. Air macam malas nak keluar ja. memang tak puas la nak mandi kan... dh biasa mandi kt rmh kuarters di Putrajaya ni, airnya laju... best je...

Asalnya memang ada janji dengan wakil pemaju, nak jumpa dia hari sabtu lepas tu. tapi kami lambat sampai sebab Mr. F ada keja pagi tu. Sampai kt rmh tu pun dah tengah hari. Elok je kami sampai, wakil pemaju tu sms bagitau dia terpaksa balik sebab ada kematian... so, ok la... tak jadi la nak jumpa. masa nak duk pusing2 tengok rmh2 lain yg tgh renovate/betulkan defect, ternampak pekerja2 pemaju. kami pun komplen la bagitau air masih slow lagi. Diorang pun ikut p tengok. hubby iring diorang ke semua bilk air. memang diorang pun setuju yang air masih slow. kalau semua rmh kt area tu tekanan air slow, kami boleh la terima... tapi masa pusing2 tengok rumah lain tu, kami try buka paip shower, ok je.. rumah kami je la yang slow tekanan airnya.. mungkin ada tersumbat kt mana2 la kot. pekerja pemaju tu kata mungkin sebab kepala shower tu ada masalah. Diorang akan tukar yang lain...

Hujung minggu ni nak pergi tengok lagi... harap2 dah betulkan la... Excited nak panggil tukang buat renovation ni...

10 comments:

iedajenny said...

ha'ah mmg xpuas mandi kalo air shower slow je.. :(

Azila Azmi said...

kan... hr sabtu lepas ni pegi tengok pun, air masih slow lagi... tak tau la bila nye nak siap... janji berapa kali hujung minggu dah, tetap tak siap2 lagi... sabor je la...

Azila Azmi said...

target nak pindah rmh dlm bulan Muharram ni, sempena bulan sejarah Rasulullah berhijrah... nampak gayanya macam tak sempat je..

iedajenny said...

la ye ke, ciannye..lagi berapa hari je tinggal dalam bulan Muharram ni..huhu..

Azila Azmi said...

tu la... mak kata kalau tak sempat bulan Muharram, pindah bulan Rabiul'Awal la pulak.. sempena bulan kelahiran Rasulullah... :)

iedajenny said...

macam tu sempat la kot ye..ada masa sebulan lagi campur sebulan lagi dalam bulan safar.. :)

Azila Azmi said...

update smpai setakat hr ni, jumaat 29/11... masih tak dpt brita lg dr pemaju...ntah bila la nk siap defect tu... :(

iedajenny said...

masih x siap lg ke zila?

Azila Azmi said...

huaaaa... soalan yang meruntun jiwa untuk dijawab... huhuhuhu... sampai hari ni (30/12) pun masih tak de kabar berita dari pemaju lagi... tengok rmh2 jiran lain dh siap renovate dh.. ada la dlm 7 buah rmh yg orang dh pindah masuk.. kami ni x tau la bila... orang tanya bila nk pindah, tak tau nk bagi jawapan....

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

Post a Comment